Advertisement
Penyerang Colombia Hampiri Liga Malaysia, Tebus Kontrak RM2.4 Juta?
Transfer
MakanBola
HNK RIJEKA

Seorang penyerang Colombia kini dikatakan menghampiri perpindahan ke Liga Malaysia dengan tebusan kontrak RM2.4 Juta.

Laporan daripada wartawan Croatia, Ivica Medo memaklumkan bahawa penyerang berusia 27 tahun iaitu Jorge Obregón bakal membawa diri ke Malaysia.

Beliau memberitahu bahawa bekas penyerang Colombia B-20 itu telah digantung perlawanan kerana enggan turun berlatih.

“Obregon digantung perlawanan dengan Lokomotiv, dan seperti yang saya dimaklumkan, pemain Colombia itu marah dan enggan berlatih kerana memberi laluan untuk ke Malaysia.

“Kelab Malaysia tersebut telah memenuhi syarat dan menghantar tawaran yang lebih baik,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menambah bahawa kelab kepada pemain tersebut iaitu HNK Rijeka bakal mendapat pampasan sekitar RM500,000 Euro (RM2.4 Juta).

“Sumber mengatakan bahawa Rijeka sepatutnya memperoleh kira-kira setengah juta Euro,” katanya.

Berdasarkan rekod, Obergon menjaringkan 17 gol dan 10 bantuan gol dalam 105 penampilan bersama Rijeka selaku penyerang utama pasukan.

Sebelum ini, terdapat juga beberapa pemain yang berhijrah ke Liga Malaysia dan berpengalaman beraksi di Liga Croatia seperti Ivan Mamut dan juga Marin Pilj.