Penyerang Import BG Pathum Tak Duduk Diam Di Thailand
ACL
BG Pathum United
Advertisements

Nama penyerang Uzbekistan, Igor Sergeev bakal menjadi fokus pertahanan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) apabila BG Pathum bersemuka dengan Harimau Selatan dalam aksi Kumpulan I Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini.

Ini kerana walaupun beliau baru saja menyertai The Rabbits pada Jun lalu, beliau sudah menjaringkan empat gol dalam empat perlawanan. Ini termasuk tiga gol yang dijaringkan ke atas Shanghai Port dalam aksi play-off ACL baru-baru ini.

Tiga gol yang dijaringkan pada minit ke-12, 26 dan 61 sudah cukup untuk membantu BG Pathum mengejutkan Shanghai Port yang turut dibarisi bekas bintang Chelsea, Oscar.

Advertisements

Selain The Rabbits, Sergeev banyak beraksi di Liga Super Uzbekistan bersama Pakhtakor, Tobol Kostanay dan FK Aktobe. Sepanjang tempohnya bersama tiga kelab berkenaan, penyerang berusia 30 tahun itu merekodkan 257 penampilan, 138 gol dan 20 bantuan gol.

Sergeev juga pernah menyarung jersi Beijing Guoan (China) dan Al-Gharafa (Emiriah Arab Bersatu (UAE)). Dengan menyarung jersi BG Pathum, beliau beraksi buat kali pertama di rantau Asia Tenggara.

Advertisements

Dengan rekod jaringan yang memberangsangkan, Sergeev bisa menjadi mimpi ngeri kepada pertahanan setiap pasukan Kumpulan I termasuk JDT. Kedua-dua pasukan ini akan bertemu pada 3 Oktober ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram