Penyerang Liga India Calon Utama Sertai Perak
Transfer
Punjab FC
Advertisements

Perak FC terus berusaha memantapkan barisan pemain mereka terutama di bahagian serangan.

Dan terkini, The Bos Gaurus yang dibimbing Yusri Che Lah berhasrat membawa masuk penyerang Colombia, Wilmar Jordan Gil.

Khabar ini dikongsikan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi untuk segmen redONE Keluar Masuk Liga M untuk Nadi Arena pada Sabtu lepas.

Advertisements

Wilmar dilihat pilihan utama daripada senarai tiga penyerang import yang dipertimbang oleh pengurusan Perak.

Bagaimanapun, sekiranya Perak gagal mendapatkan khidmat penyerang berusia 33 tahun itu, mereka perlu beralih kepada sasaran lain.

“Wilmar Jordan pada ketika ini (masih beraksi dalam) saingan Liga Super India (ISL) yang masih berlangsung dan dijangka tamat pada April.

Advertisements

“Ini yang menjadi kerisauan Coach Yusri (Che Lah). Sekiranya mereka gagal mendapatkan Wilmar, mereka terpaksa beralih kepada Pelan B.

“Sebabnya dalam 17 penampilan Punjab FC, Wilmar sudah menjaringkan tujuh jaringan. Pastinya saya kira Punjab FC tidak mahu kehilangan pemain itu lagi,” katanya kepada pengacara segmen, Haji Zainal Abidin Rawop.

Perak ketika ini memiliki tujuh pemain import termasuk tiga pemain import baru iaitu Lee Tae-min, Adilet Kanyebekov dan Luiz Henrique Motta.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram