Advertising
Penyerang Ukraine Bakal Jadi Senjata Baru Sri Pahang
MakanBola
agapov_nikolay

Jentera serangan Sri Pahang bakal diberi nafas baharu menjelang saingan Liga Malaysia 2024/2025.

Menerusi ciapan daripada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, seorang penyerang berasal dari Ukraine bakal dibawa masuk bagi menambah sengat skuad Tok Gajah.

“Penyerang kelahiran Ukraine, Mykola Ahapov dijangka akan memperkuatkan Sri Pahang FC untuk saingan Liga M 2024/2025,” tulis Fadhirul di laman X.

Ad

Tambah beliau lagi, pemain berusia 30 tahun tersebut mempunyai pengalaman yang luas beraksi di sekitar rantau Eropah.

“Penyerang berusia 30 tahun itu pernah beraksi di Liga beberapa buah negara antaranya Turki & Kazakhstan,” tambahnya lagi.

Ad
Ad

Musim 2023 menyaksikan beliau beraksi buat kelab Kazakhstan, FC Akzhayik dan beraksi cemerlang menjaringkan 26 gol dan sembilan bantuan jaringan dalam 31 perlawanan sepanjang musim.

Ad

Kredibiliti beliau di hadapan gol berjaya membawa pasukannya itu menduduki tangga keempat Pervaya Liga 2023 musim lalu.

Musim lalu, Sri Pahang mengakhiri saingan Liga Super di tangga kelima dengan 45 mata,selain terkandas di pusingan 16 terbaik Piala FA dan suku akhir Piala Malaysia 2023.

Video jaringan Mykola Ahapov musim lalu: Tonton di sini