Ads
Penyerang Warisan Berdarah Kelantan Jadi Bualan di EPL
Harimau Malaya
Crystal Palace

Penyerang warisan berdarah Kelantan, Luke Plange kini mula menjadi bualan di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Advertisements

Pemain berusia 21 tahun itu merupakan pemain Crystal Palace di EPL mula dikaitkan memiliki pertalian darah dengan Malaysia.

Advertisements

Menerusi perkongsian oleh laman Frfuturetalents, bekas pemain akademi Arsenal FC itu beraksi pada posisi serangan dan sudah pun dipinjamkan beberapa kali sepanjang kariernya.

Advertisements
Advertisements

Beliau pernah beraksi bersama beberapa kelab seperti Derby, RWD Molenbeek, Lincoln City, Carlisle United dan terbaru dipinjamkan ke kelab Finland, HJK Helsinki.

Luke sudah pun menjaringkan dua gol dan dua bantuan gol daripada 10 perlawanan yang diharungi di Finland.

Advertisements

Pemain kebangsaan England B-20 ini dikatakan memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi neneknya yang berasal dari Kelantan.

Beliau dilahirkan di King Upon Thames, England dan mengharungi sebahagian besar kariernya di sana.

Antara watak penyerang yang juga dikatakan memiliki darah Malaysia ialah peledak Belanda, Ferdy Druijf.

Advertisements

Setakat ini, tiada pengesahan rasmi mengenai perkaitan pemain ini dengan Malaysia namun Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin bersedia untuk menerima mana-mana pemain berkualiti bersama Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram