Penyokong England yang tiba di Jerman untuk kejohanan Euro 2024 telah mengingkari nasihat pihak polis yang melarang nyanyian lagu sensitif bertajuk 10 Pengebom Jerman.
Polis Jerman sebelum ini telah menasihati penyokong England yang berada di Jerman untuk tidak menyanyikan lagu tersebut yang berbentuk provokasi berdasarkan situasi Perang Dunia Kedua.
Lirik lagu 10 Pengebom Jerman tersebut menyebut tentang terdapat 10 pengebom Jerman di udara ditembak jatuh oleh tentera udara United Kingdom.
Warga Jerman tidak mahu mengingati kisah hitam negara itu yang merupakan punca tercetusnya Perang Dunia Kedua dan keganasan melampau yang dilakukan oleh tentera Jerman.
Ketua polis Gelsenkirchen, Peter Both mengakui bukanlah satu kesalahan jika penyokong England menyanyikan lagu tersebut tetapi nasihat tersebut bertujuan untuk mengelakkan sebarang bentuk provokasi serta melindungi orang ramai yang berada di Jerman.
“Jangan buat perangai. Jika mereka (penyokong England) menyanyikan lagu itu, saya tidak boleh mengubahnya.
“Itu bukan satu kesalahan di Jerman. Saya berharap penyokong lain yang berhemah akan menasihati mereka yang degil. Saya tahu Jerman dan England memiliki perseteruan yang kuat dalam sukan tetapi ini hanyalah sukan.” ujar Peter Both menurut Sport Bible.
England bakal bertemu Serbia untuk perlawanan pertama Euro 2024 di Stadium Veltins-Arena dan kehadiran ribuan penyokong dari serata dunia merisaukan pihak polis sekiranya berlaku provokasi yang mampu menyebabkan unsur keganasan.
Ini bukan kali pertama penyokong Jerman menyanyikan lagu sensitif tersebut memandangkan mereka pernah melaungkan lagu ini ketika England bertemu Jerman di pusingan 16 kejohanan Euro 2020 yang lalu.
Lagu tersebut kerap dinyanyikan oleh penyokong England apabila pasukan tersebut akan menentang Jerman dalam kejohanan besar seperti Euro ataupun Piala Dunia.
Lagu bertajuk 10 Pengebom Jerman (10 German Bombers) merupakan lagu kanak-kanak ketika Perang Dunia Kedua yang merujuk kepada serangan udara tentera Jerman di bawah operasi Luffwaffe.
Lirik lagu 10 German Bombers:
There were ten German bombers in the air.
There were ten German bombers in the air.
There were ten German bombers, ten German bombers, ten German bombers in the air.
And the RAF from England shot one down.
And the RAF from England shot one down.
And the RAF from England, RAF from England, RAF from England shot one down.