Penyokong Indonesia  ‘Serang’ Page EAFF
Dunia
PSSI
Advertisements

Penyokong Indonesia dilihat melakukan ‘serangan’ ke atas laman rasmi badan induk Kesatuan Bolasepak Asia Timur (EAFF) baru-baru ini.

Hal ini terjadi disebabkan sebelum ini mereka dikecewaan apabila gagal mara ke separuh akhir Kejuaraan AFF Bawah 19 2022 di Indonesia.

Netizen Indonesia menggesa Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) untuk keluar dari Kesatuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF).

Advertisements

Para penyokong Timnas Indonesia kini kelihatan seringkali memenuhi ruangan komen pada laman Instagram EAFF dengan harapan negaranya bakal menyertai kejohanan di sana.

Pada hantaran terbaru itu, antara komentar yang berjaya dirakam ialah mereka menggesa agar PSSI segera menyertai EAFF.

Advertisements

“Sertailah EAFF Indonesia,” komen Awaludin Hafidh pada hantaran itu.

Malah, sebahagian daripada mereka mahu melihat EAFF menjemput Indonesia untuk tuurt serta dalam kejohanan rantau tersebut.

Advertisements

“Jemputlah Indonesia untuk menyertai EAFF,” tulis Farhanakbar yang mahu melihat negaranya itu menyertai EAFF.

Ada juga daripada mereka yakin bahawa EAFF mempunyai kualiti dan kedudukan yang lebih baik di mata FIFA berbanding AFF kerana bersaing dengan pasukan yang lebih handal.

Advertisements

Bahang kemarahan itu kembali membara apabila skuad Shin Tae-yong gagal mara ke separuh akhir walaupun beraksi cemerlang di peringkat kumpulan.

Hal ini susulan pasukan Vietnam dan Thailand memperoleh keputusan seri 1-1 lantas menimbulkan kemarahan netizen Indonesia yang mendesak agar AFF menyiasat perlawanan tersebut.

Kejohanan EAFF dijadualkan berlangsung 19-27 Julai ini yang melibatkan pertembungan lima negara iaitu Jepun, Korea, China, Taiwan dan juga Hong Kong.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram