Penyokong Kedah Dan Penang Bergaduh Di Stesen Minyak
Liga Super
Advertisements

Perlawanan ‘Derbi Utara’ di antara Penang FC dan Kedah Darul Aman FC semalam telah berlangsung dengan suhu perlawanan yang agak panas dengan beberapa insiden dan kekasaran yang berlaku.

Selain deretan kad kuning yang dilayangkan, seorang pemain Penang FC iaitu Adib Raop juga diperintahkan keluar padang selepas menerima kad kuning kedua.

Perlawanan panas itu berakhir dengan keputusan 2-1 memihak pasukan Kedah dengan pemain import baharu Kedah, Moses Atede menjadi wira pasukan selepas meledak gol pada masa kecederaan sekali gus membawa pulang tiga mata berharga.

Advertisements

Suhu panas perlawanan tidak terhenti usai wisel ditiupkan kerana difahamkan pergaduhan besar telah tercetus berlaku di antara penyokong kedua-dua pasukan. Pergaduhan tersebut dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak berdekatan Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Video 37 saat itu telah tular di laman twitter dan melihat kepada ruangan komen, banyak pihak yang meluahkan kekecewaan atas pergaduhan yang terjadi itu. Ianya sedikit sebanyak mencemarkan industri bola sepak Malaysia.

Advertisements

Kedah yang kini berada di tangga ketiga liga akan meneruskan aksi Liga Super dengan tugasan berat menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 26 Ogos ini di Stadium Darul Aman. Manakala Penang pula bakal bertemu PDRM FC pada 27 Ogos ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram