Penyokong Kedah Dan Terengganu Bergaduh?
Dunia
Advertisements

Terengganu FC berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila muncul naib juara Liga Super musim ini selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC dengan keputusan 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman malam tadi.

Namun disebalik kemenangan yang diraih Terengganu itu seperti dicemari dengan insiden panas yang berlaku di luar stadium selepas tamat perlawanan. Insiden tersebut merupakan insiden pergaduhan kecil di antara kedua-dua penyokong.

Dalam video berdurasi 16 saat yang dikongsikan Flash Sukan di laman twitter itu memperlihatkan suasana bingit dan aksi sepak menyepak di antara penyokong kedua-dua pasukan. Kehadiran beberapa anggota polis akhirnya berjaya meleraikan pergaduhan itu daripada terus menjadi parah.

Advertisements

Punca kejadian masih tidak dapat dipastikan namun insiden ini sedikit sebanyak memberi kesan negatif kepada Kedah yang menjadi tuan rumah dalam perlawanan semalam.

Dalam perlawanan semalam, Tchetche Kipre berjaya meledak dua gol dan satu lagi gol Terengganu dijaringkan oleh Faisal Halim manakala gol saguhati Kedah dijaringkan oleh Dechi Marcel. Kekalahan Kedah ini merupakan kekalahan kali kelima berturut-turut dalam lima perlawanan terakhir mereka di Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram