Penyokong Malaysia Kesan Perubahan Mendadak Safawi Rasid Yang ‘Baru’
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Para peminat bola sepak tanah air berjaya mengesan kemajuan mendadak yang ditonjolkan oleh bintang sensasi negara, Safawi Rasid sejak kebelakangan ini.

Setelah mengalami kecederaan yang agak panjang pada awal musim lalu, pemain berusia 25 tahun ini seakan hilang rentak dalam permainannya.

Beliau juga tidak lagi kerap beraksi dalam kesebelasan utama JDT selepas terpaksa bersaing sengit dengan seorang lagi bintang muda negara, Arif Aiman pada posisi kanan pasukan.

Advertisements

Sungguhpun beraksi cemerlang di pentas AFF tahun lalu, bekas Pemain Paling Bernilai (MVP) ini masih belum mendapat tempatnya semula dalam kesebelasan utama Harimau Selatan.

Walau bagaimanapun, para penyokong melihat bahawa Safawi yang kini sudah berbeza berbanding dirinya yang lalu.

Sejak kehadiran ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, bekas pemain muda T-Team ini kini ‘evolved’ dan mampu beraksi pada posisi lain.

Advertisements

Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu lebih kerap menggunakan Safawi pada posisi pemain tengah menyerang dalam formasinya.

Beliau juag terus memberikan yang terbaik setiap kali diberi peluang, selain ketajaman di hadapan gawang menjadi aset terbesar dalam permainnya sehingga kini.

Malah, kelebihan kaki kiri yang dimiliki olehnya telah dimanfaatkan oleh Pan-gon dalam taktikalnya yang lebih berfokus kepada serangan.

Advertisements

Peminat tanah air juga yakin bahawa Safawi sudah mula menemui sentuhannya kini.

“Safawi tidak pudar. Malah dia sudah evolved.”

“Sekarang beliau sudah boleh bermain sebagai role no 10 dan tidak lagi hanya pada sayap,” jelas Nizam Irfan di laman Twitter.

Advertisements

Prestasi pemain yang mesra disapa Pawi ini amat baik bersama skuad kebangsaan selepas menjaringkan beberapa gol ketika kempen Kelayakan Piala Asia baru-baru ini.

Setakat ini, beliau telah meledak dua gol bersama pasukan pada musim ini.

Kecemerlangan beliau pastinya terus ditagih dalam usaha untuk memastikan pasukan JDT dan juga Harimau Malaya terus mempamerkan aksi yang diharapkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram