Penyokong Manchester United Berang Lihat Jadon Sancho Bercuti
Eropah
Manchester United
Advertisements

Jadon Sancho yang mempunyai waktu terluang setelah disisihkan daripada pasukan England ketika ini memilih untuk pergi bercuti di New York, Amerika Syarikat.

Namun tindakan tersebut tidak digemari sekumpulan penyokong Manchester United setelah kenyataan kontroversi Jadon Sancho ke atas Erik Ten Hag tentang prestasi latihan beliau yang tidak cukup bagus.

Di laman X, seorang pengguna telah berkata: “Erik Ten Hag telah meninggalkan Sancho untuk perlawanan Arsenal dan mengatakan dia tidak cukup bagus dalam sesi latihan.”.

Advertisements

“Apa yang Sancho patut buat? Dia patut berlatih lebih keras di Carrington ketika cuti antarabangsa ini untuk buktikan sesuatu kepada Erik Ten Hag. Namun apa Sancho sedang buat? Dia mengeluh di media sosial dan terbang ke New York untuk berparti. Lainlah cerita buat Wan-Bissaka yang ketika ini bermain baik untuk United.”.

“Sepatutnya Sancho dilepaskan dengan segera, dia tidak menghargai waktunya di United. Dia tidak menghormati kelab dan penyokong yang menyokongnya.” ujar seorang lagi penyokong United di laman X.

Advertisements

Namun ada juga yang menyebelahi Sancho dengan berpendapat: “Dia memilih untuk bercuti diwaktu cuti dan ini yang penyokong tidak puas hati? Jadi dia harus merakam video sedang berlatih dengan caption ‘sedang bekerja keras’ untuk dapatkan pujian ramai? Saya rasa tidak, pasti akan ada yang tidak puas hati dengan Sancho.”.

Sewaktu rehat antarabangsa, Jadon Sancho telah memilih untuk bercuti bersama Aaron Wan-Bissaka di New York menurut laporan Sport Bible tatkala pasukan England melawan Ukraine dan Scotland untuk aksi kelayakan EURO 2024.

Advertisements

Jadon Sancho bergelut sejak menyertai Manchester United dan gagal menampilkan aksi cemerlang beliau sewaktu bersama Borussia Dortmund dan terbaru beliau juga tidak mendapat panggilan antarabangsa pasukan England.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram