Liga Super
Melaka United Media
Advertisements

Pemain datang dan pergi sememangnya lumrah dalam dunia bola sepak. Namun penyokong setia tidak akan berganjak dari menyokong pasukan kesayangan mereka.

Perjalanan pasukan Melaka United pasti akan diingati oleh penyokong mereka di mana mereka bermula semula dari Liga FAM.  Mereka mendaki langkah demi langkah sehingga kini berada di kasta tertinggi liga Malaysia iaitu Liga Super.

Sejak 2016, ramai pemain yang berkualiti tinggi telah bermain untuk skuad ‘Hang Tuah’ ini. Antaranya termasuklah Ifedayo Olusegun yang kini berada di tangga teratas penjaring terbanyak Liga Super dengan 25 gol.

Advertisements

Penjaring 11 gol untuk Penang FC, Casagrande juga pernah menabur bakti bersama kelab Melaka United namun beliau dilepaskan bagi memberi ruang pihak pengurusan mencari import baharu ketika itu.

Top Scorer Penyokong Melaka United Tidak Mahu Pengurusan Berterusan Melepaskan Pemain Berkualiti
Ifedayo (25 gol) dan Casagrande (11 gol) merupakan bekas pemain Melaka United (Sumber : MFL)

Selain itu mereka juga pernah memiliki penyerang berbisa asal Croatia, Marko Simic yang kini menjadi peledak utama pasukan Persija Jakarta di Indonesia.

Untuk musim ini, pasukan Melaka berjaya mendapatkan beberapa pemain import berkualiti seperti arkitek tengah mereka, Manuel Ott. Pemain antarabangsa Filipina itu memperagakan aksi yang memukau dalam mengawal bahagian tengah pasukan.

Advertisements

Selain Manuel Ott, Melaka juga berjaya mendapatkan tandatangan pemain tengah import Brazil, Adriano dan mengekalkan penyerang Haiti, Sony Norde.

Manuel Ott (kiri) dan Adriano (kanan) merupakan tonggak utama pasukan Melaka United (Sumber : IG Melaka United)

“Lepaskan Ifedayo, menjadi di Selangor. Lepaskan Casagrande, menjadi di Penang. Jika lepaskan Manuel Ott, tak tahulah,” komen seorang penyokong mengenai isu ini.

“Sony Norde dan Manuel Ott wajib simpan. Yang lain nk tukar boleh je.” tambah seorang lagi penyokong.

Advertisements

Justeru itu, penyokong Melaka United mahu pihak pengurusan mengikat pemain-pemain ini untuk beraksi dalam saingan liga musim hadapan.

Mereka tidak mahu Melaka terus menerus melepaskan pemain berkualiti yang akhirnya membuatkan pasukan kesayangan mereka ini semakin ketinggalan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram