Advertising
Penyokong Mengamuk Rosakkan Pintu Masuk Stadium MBPJ
MakanBola
Polis Daerah Petaling Jaya

Liga Malaysia (Liga M) kembali digugat dengan insiden penyokong bertindak ganas apabila sekumpulan penyokong bertindak merosakkan pintu masuk Stadium MBPJ.

Insiden ini berlaku pada 26 Mei lalu selepas tamat perlawanan antara Selangor FC dengan Negeri Sembilan FC.

Berdasarkan video yang dikongsikan akaun TikTok, C16. Studio, penyokong skuad Rusa berang kerana dihalang keluar dari stadium.

Ad

Keadaan ini mendorong sekumpulan penyokong bertindak merosakkan pintu masuk arah selatan stadium berkenaan untuk keluar.

Ad

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superitendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly memaklumkan polis telah mengesan dua video tular berkenaan kes tersebut.

Insiden itu disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Ad
Ad

“Semakan mendapati, kejadian terbabit berlaku selepas selesai perlawanan liga tempatan pada 26 Mei sekitar 11 malam. Akibat kekecohan itu telah menyebabkan pintu pagar masuk tempat duduk penyokong dirosakkan,” katanya dalam kenyataan.

Ad

Susulan itu, polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Orang ramai dinasihati untuk supaya mematuhi peraturan dan tidak terlibat dengan sebaran pelanggaran undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sebarang maklumat tentang insiden tersebut boleh disalurkan melalui bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222.

@c16.studio

BERANG DIHALANG KELUAR STADIUM PENYOKONG NEGERI SEMBILAN FC MENGAMUK PECAHKAN PINTU STADIUM MBPJ #ligasuper #ligamalaysia

♬ original sound – CIP Studio – CIP Studio

Selain insiden ini, Liga M turut dikejutkan dengan insiden sekumpulan penyokong membaling batu dan mercun di luar Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 25 Mei lalu.