Penyokong Pahang Tetap Penuhkan Bas Walaupun Selepas Dibelasah Terengganu
Dunia
MakanBola
IG Elephant Army
Advertisements

Selepas dibelasah Terengganu FC dengan keputusan 5-1 dalam perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Piala Malaysia tempoh hari, Sri Pahang semestinya memerlukan keajaiban untuk kembali berada pada landasan yang tepat untuk mara ke pusingan suku akhir.

Tiada cara lain buat Pahang untuk ke sukur akhir selain menang besar dengan margin jaringan melebihi empat gol ke atas Terengganu dalam perlawanan yang akan diadakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 1 November depan.

Advertisements

Walaupun dibelasah Terengganu tempoh hari, ianya tidak melunturkan semangat para penyokong Pahang untuk turun ke Terengganu bagi memberi sokongan dan mengharapkan keajaiban yang akan dijelmakan oleh pasukan Pahang kendalian Dato’ Dollah Salleh.

Dikhabarkan dua bas telah dipenuhi oleh penyokong Pahang bagi tujuan ke Terengganu pada 1 November nanti. Hanya dua jam sahaja masa yang diambil bagi penyokong Pahang memenuhi dua bas tersebut.

Advertisements

Perkara itu dikongsikan di laman twitter kumpulan penyokong Pahang yang dikenali sebagai Elephant Army. Kini penyokong Pahang masih berpeluang untuk turut bersama-sama penyokong yang lain ke Terengganu kerana dikatakan tempahan untuk bas ketiga telah dibuka.

Semangat luar biasa penyokong Pahang sudah semestinya wajar dijadikan contoh walaupun peratusan untuk meraih kemenangan besar pada malam tersebut adalah sangat tipis. Namun begitu, kemungkinan besar mereka mengandaikan bahawa ini merupakan perlawanan terakhir Pahang dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Jadi oleh sebab itu, para penyokong Pahang tidak mahu ketinggalan untuk sama-sama menyokong pasukan kerana mereka mungkin perlu menunggu musim hadapan untuk kembali ke stadium bagi menyokong pasukan kesayangan mereka itu.

Advertisements

News Comments Account