Penyokong Penang Risau Import Mereka Laku Keras
Dunia
Penang Football Club
Advertisements

Walaupun hanya mengakhiri saingan Liga Super di tangga tercorot musim ini, namun ianya bukanlah konklusi kepada pasaran perpindahan barisan pemain Penang FC.

Baru-baru ini, kumpulan penyokong Penang yang dikenali sebagai Penang BPK meluahkan kerisauan berkenaan status pemain penyerang import berbisa mereka iaitu Lucas Espindola da Silva.

Lucas Silva dibawa masuk ke Penang bagi menggantikan pemain import dari Brazil, Casagrande yang terpaksa berehat panjang akibat daripada kecederaan retak tulang pipi pada Jun lalu. Kecemerlangan Lucas dikatakan sedang dipantau rapat dua pasukan Liga Super bagi saingan musim hadapan.

Advertisements

“Mohon Penang FC buatlah apa yang mampu untuk kekalkan Lucas Silva dalam skuad musim depan. Admin difahamkan ada 2 pasukan Liga Super yang sudah menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat beliau dan sanggup membayar gaji yang lebih tinggi dari sekarang,” luah Penang BPK dalam laman Facebook mereka.

Lucas juga difahamkan masih berminat untuk terus menabur bakti dengan pasukan Harimau Kumbang itu pada musim hadapan.

Advertisements

“Namun Lucas Silva masih berminat untuk kekal dgn Penang FC dan berharap ada tawaran baru untuknya,” jelas Penang BPK lagi.

Untuk rekod, Lucas Silva sudah menjaringkan 6 gol musim ini daripada 11 penampilan di Liga Super manakala bagi saingan Piala FA, Lucas meledak 2 gol daripada 2 penampilan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram