Liga Super
Advertisements

Masalah demi masalah terus menghantui Ketua Jurulatih Perak FC, Chong Yee Fatt dan yang terkini anak-anak buahnya kelihatan lesu dan mudah dijinakkan oleh Terengganu FC dengan jaringan 5-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Gong Badak malam tadi.

Dengan kekalahan itu, Perak FC kekal berada di tangga ke-10 liga dan berpotensi dipintas Melaka United yang akan beraksi menentang Sri Pahang malam ini.

Untuk rekod, pasukan yang digelar The Bos Gaurus ini didakwa pernah mengalami masalah tunggakan gaji sehinggakan pemain-pemain memboikot sesi latihan. Rentetan isu tunggakan gaji yang berlarutan, beberapa pemain mengambil keputusan untuk mengangkat kaki dan beraksi dengan pasukan lain.

Advertisements

Antara nama besar yang meninggalkan pasukan Perak FC ialah Shahrul Saad dan pemain naturalisasi negara, Guilherme de Paula. Mereka kini menyarung jersi Johor Darul Ta’zim. Manakala J.Partiban dan Kenny Palraj berhijrah ke pasukan Kuala Lumpur City.

Setelah seorang demi seorang pemain pergi, Chong Yee Fatt terpaksa memanggil pemain-pemain muda yang beraksi di Perak 2 untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan. Beliau juga merombak pemain import demi menyelamatkan Perak FC dari terus terjerumus ke dasar liga.

May be an image of 3 people, people standing and indoor
Chong Yee Fatt bersama staf kejurulatihan semalam

Kekalahan kepada Terengganu FC malam tadi ternyata menjadi puncak kemarahan penyokong pasukan Perak FC. Mereka beraksi dengan agak perlahan, tiada persefahaman dan pemain import juga tidak berfungsi dengan sebaiknya.

Advertisements

Laman Instagram Perak FC dihujani komen yang rata-ratanya mahukan perubahan dari segi kejurulatihan, pemilihan pemain dan taktikal. Malah ada juga peminat yang mempertikaikan kredibiliti Chong Yee Fatt sebagai jurulatih memandangkan sebelum ini beliau tidak mempunyai rekod yang baik ketika melatih kelab terdahulu.

Selepas ini pada 27 Julai, Perak FC akan bertemu Kuala Lumpur City FC di Ipoh sebelum menghadapi tugas sukar menentang pendahulu liga Johor Darul Ta’zim di Stadium Sultan Ibrahim, Johor yang dijadualkan pada 31 Julai.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram