Liga Super
Perak FC
Advertisements

Sebahagian daripada penyokong sejati pasukan Perak merasakan keputusan untuk memecat pengendali pasukan, Lim Teong Kim adalah satu keputusan yang terburu-buru.

Umum mengetahui bahawa Perak telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung dengan masa depan pengendali berusia 59 tahun itu.

Setelah mengharungi 12 aksi Liga Super setakat ini, aksi terumbang-ambing The Bos Gaurus menjadi kayu ukur buat Teong Kim yang akhirnya direhatkan dan peranannya bakal diambil alih oleh Yusri Che Lah.

Advertisements

Rata-rata penyokong pasukan tersebut merasakan bahawa pemecatan bekas Pengarah Teknikal NFDP itu bukanlah keputusan terbaik buat masa sekarang.

“Datang la jurulatih dari langit sekali pun, kalau pemain memang bukan yang berbakat bermain bola, memang tak kemana la Perak. Kalau nak dibandingkan dengan pemain pasukan lain, hampir separuh pemain Perak tiada bakat main bola.”

“Orang suruh tukar pemain bukan tukar jurulatih. LTK adalah individu yang terbaik untuk mengemudi Perak. Kalau letak Jose Mourinho dengan pemain Perak sedia ada pun tiada faedah juga,” kata Muhd Firdaus.

Advertisements

Ada juga yang merasakan Teong Kim sepatutnya diberi lebih masa untuk embentuk acuan terbaik bersama skuad muda sedia ada.

“Perak kata nak beri ruang seluas-luasnya kepada LTK untuk mencorak filosofi selama dua tahun tetapi akhirnya mendengar kata-kata penyokong,” ujar Faizul Ali di ruangan komen.

6B4916B7 2CB5 4036 A359 CE8E8F7281DA Penyokong Perak Sedih Lim Teong Kim Dilepaskan, Masih Mempercayai Proses

Ramai juga yang merasakan sentuhan Teong Kim sudah mula memberikan bibit-bibir yang baik terutamanya pada separuh masa kedua ketika berdepan Sabah tempoh hari.

Advertisements

Buktinya, pemain muda Perak jelas mampu mengawal tempo permainan sungguhpun berdepan dengan skuad The Rhinos yang cukup berkualiti.

Perak hanya mencatatkan dua kemenangan, 3 seri dan 7 kekalahan pada musim ini untuk berada pada tangga ke-11 Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram