Liga Super
@zulhelmizainal1
Advertisements

Bersesuaian dengan gelarannya sebagai perlawanan El Clasico Malaya, perlawanan membabitkan Perak dan Selangor sentiasa panas terutama dengan gelagat penyokong. Dan hari ini, penyokong kedua-dua pasukan bergaduh semasa separuh masa pertama perlawanan di Stadium Perak.

Advertisements

Berdasarkan rakaman video yang dimuatnaik wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pergaduhan tersebut tercetus apabila sekumpulan penyokong Perak menyerbu tempat duduk penyokong Selangor. Akibatnya, berlakulah insiden tumbuk-menumbuk membabitkan penyokong kedua-dua pasukan.

Pasukan keselamatan mengambil masa beberapa minit untuk menenangkan keadaan. Biarpun ada cubaan provokasi membabitkan segelintir penyokong Perak, kehadiran pasukan keselamatan memastikan insiden tersebut tidak berlarutan.

Advertisements

Sebelum perlawanan bermula, akaun Twitter Selangor Power Sampai Kiamat turut melaporkan kekecohan di luar stadium membabitkan penyokong kedua-dua pasukan. Ini selepas kumpulan besar penyokong Merah Kuning dikatakan diserang sekumpulan penyokong tuan rumah semasa hendak masuk ke Stadium Perak.

Tindak-tanduk kelompok penyokong yang tidak bertanggungjawab ini sudah pasti akan menambah pening kepala pengurusan Perak. Ini kerana The Bos Gaurus berpotensi dikenakan tindakan disiplin oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) termasuk denda dan bermain tanpa penonton.

Advertisements

Sekiranya Perak dihukum beraksi tanpa penonton untuk beberapa perlawanan, ini sudah pasti akan menjejaskan kantung kewangan pasukan pada hari perlawanan. Senario ini sudah pasti mahu dielak pengurusan Seladang yang berusaha menambahbaik pasukan yang dibimbing Datuk Lim Teong Kim itu.

Perlawanan hari ini menyaksikan tuan rumah dibelasah Merah Kuning 4-0. Kesemua gol Red Giants dijaringkan oleh Ayron Del Valle, Faisal Halim dan Mukhairi Ajmal.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram