Penyokong Romania Nikmati Aura Stadium Sultan Ibrahim
Asia Tenggara
JST & Dodo Explorer
Advertisements

Aura hebat Stadium Sultan Ibrahim kini sudah pun meresap ke seluruh pelusuk dunia apabila seorang penyokong kelahiran Romania tidak mahu melepaskan peluang keemasan tersebut.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh individu yang mahu dikenali sebagai Dodo Explorer itu menyaksikan beliau begitu menikmati setiap detik ketika berada di stadium Harimau Selatan itu.

Menerusi klip yang dikongsikan, beliau sempat merakam detik detik penting terutamanya apabila sorakan Boys of Straits (BOS) yang bergema memenuhi seluruh pelusuk stadium.

Advertisements

Beliau juga kelihatan begitu sebati dengan aura hebat tersebut sambil turut menyanyikannya dengan penuh bertenaga sepanjang beliau berada di sana.

Ruak wajahnya jelas kelihatan begitu gembira dengan suasana yang dirasakannya di Stadium Sultan Ibrahim terutamanya menikmati aksi bola sepak terbaik daripada JDT.

Detik ini sudah tentu menjadi pengalaman yang terbaik ketika berada di Malaysia tatkala beliau sememangnya seringkali berada di pelbagai negara untuk menikmati setiap suasana.

Advertisements

Warga Romania Di SSI: Johor Harimau Selatan

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram