Penyokong Sabah Hadiahkan Sambutan Hari Jadi Luar Biasa Buat Dominic Tan
Liga Super
Sabah Fc & Bangriz
Advertisements

Tonggak pertahanan tengah Sabah FC, Dominic Tan semakin disayangi di sana apabila para penyokong memberi sambutan hari jadi luar biasa buatnya.

Pemain berusia 26 tahun itu pulang ke Malaysia setelah berkelana di Thailand bersama Police Tero jelas berada dalam kelas tersendiri setelah membantu pasukan layak ke pentas Asia musim ini.

Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) ini terus menjadi sandaran utama Ong Kim Swee yang menyaksikan The Rhinos masih tidak tewas sebarang perlawanan pada musim ini.

Advertisements

Perkara yang paling menarik perhatian adalah apabila para penyokong Sabah memberi sambutan yang cukup baik apabila menyanyikan lagu selamat ulang tahun buat pemain tersebut.

Dominic yang tiba di kedai tersebut akhirnya tersipu-malu dengan tindakan beberapa individu tersebut sebelum sempat mengucapkan terima kasih.

Beliau sememangnya antara pemain yang paling menonjol dan mendapat perhatian dalam kalangan penyokong di sana berbekalkan ketampanan wajah yang dimilikinya.

Advertisements

Beliau sudah pun diturunkan dalam empat perlawanan musim ini dan berjaya memastikan Sabah dibolosi hanya tiga gol setakat ini.

Sabah akan bertemu Penang di Likas dalam usaha meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Super musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram