Penyokong Sabah Jumpa ‘Ramuan’ Kejayaan Ong Kim Swee
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Prestasi semasa pasukan Sabah di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee terus mendapat pujian ramai peminat skuad The Rhinos.

Rata-rata penyokong berpuas hati dengan kemenjadian skuad yang bakal beraksi di pentas Piala AFC yang mana perlawanan pertama Sabah berdepan Hougang United telah dijadualkan pada 21 September kelak.

Sabah kini berada dalam prestasi terbaik dan menjadi antara pasukan tumpuan di saingan Liga Malaysia.

Advertisements

Dalam satu video yang dimuat naik pengguna di laman Tiktok, video tersebut telah menggabungkan beberapa klip yang memaparkan reaksi Ong Kim Swee setelah anak buahnya menjaringkan gol.

Respon pantas Ong Kim Swee sebaik sahaja Sabah menjaringkan gol mencuri tumpuan ramai.

Advertisements

“Datuk Ong tidak pernah ketawa atau gembira walaupun pasukannya sudah menjaringkan gol,” ujar salah seorang peminat Sabah.

Karakter yang ditonjolkan OKS itu dilihat sebagai satu reaksi untuk tidak mudah berpuas hati selagi wisel penamat belum dibunyikan pengadil. Beliau kadang kala hanya tepuk tangan dan terus memberi isyarat mengingatkan pemain-pemainnya untuk kembali fokus.

Advertisements
https://www.tiktok.com/@footlol_/video/7269478642089069842

Dalam kempen Piala Malaysia 2023, Sabah kini di landasan terbaik selepas berjaya menewaskan Kuching City di pusingan 16 terbaik dengan agregat 4-1 tempoh hari. Sabah bakal berdepan cabaran pasukan Perak di pusingan suku akhir kelak.

Bagi saingan Liga Super 2023, Sabah kini menduduki tangga keempat dalam carta dan masih berpeluang untuk merebut slot Piala AFC musim depan jikalau anak buah kendalian Ong Kim Swee itu berjaya menamatkan saingan liga di tempat kedua.

Advertisements

The Rhinos bakal berdepan Negeri Sembilan bagi aksi Liga Super seterusnya pada Sabtu, 26 Ogos 2023. Perlawanan LS21 itu dijadualkan berlangsung di Stadium Likas pada jam 8.15 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram