Advertising
Penyokong Santos Bakar Kereta Pemain
MakanBola
TNT Sports Brazil

Susulan penyingkiran Santos dari Serie A Brazil baru-baru ini, penyokong Santos yang berang bertindak merusuh dan membakar kereta sekitar bandar pelabuhan tersebut.

Santos tersingkir ke Serie B selepas tewas 2-1 kepada Fortaleza dalam perlawanan terakhir Serie A beberapa hari lepas.

Bekas penyerang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Juan Martin Lucero meranapkan impian Alvinegro dengan gol kemenangan pada minit ke-96.

Ad

Lebih pahit, dua pesaing mereka iaitu Bahia dan Vasco da Gama bukan saja meraih kemenangan pada hari sama sekaligus menolak mereka ke zon penyingkiran.

Malah, musuh ketat mereka iaitu Palmeiras turut meraikan kejuaraan Serie A pada hari sama Santos tersingkir.

Ad
Ad

Alvinegro amat dikenali kerana menghasilkan ramai pemain berbakat Brazil termasuk Pele dan Neymar.

Selepas tamat perlawanan, polis terpaksa campur tangan bagi menghalang penyokong yang marah daripada menceroboh padang dan bersemuka dengan pemain.

Ada pula yang bertindak lebih jauh dengan merusuh dan membakar kenderaan sekitar Santos.

Ini berdasarkan rakaman video pengguna media sosial sekitar Santos. Difahamkan salah satu kenderaan yang dibakar milik penyerang kelab itu, Stiven Mendoza.