Advertising
Perak Belasah Geylang International
MakanBola
Perak FC Official
Sponsors

Aksi perlawanan persahabatan antarabangsa menyaksikan Perak berjaya mencatat kemenangan besar ke atas pasukan dari Singapura, Geylang International dengan jaringan 3-0.

Jurulatih Perak, Yusri Che Lah menurunkan skuad terbaik antaranya dibarisi penjaga gol berpengalaman, Haziq Nadzli, pertahanan kental, Tommy Mawat dan beberapa pemain import baharu.

Ad

Tiga gol dijaringkan oleh Firdaus Saiyidi, Harith Akif menerusi sepakan penalti dan juga Adilet Kenybekov pemain import Kyrgyzstan.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Perak Football Club (@perakfcofficial_)

Seramai 2,060 penyokong yang hadir di stadium Ipoh, Perak semalam bagi menyaksikan kemenangan ini. Keputusan positif yang dicatatkan oleh skuad kendalian Yusri Che Lah.

Ad

Selepas ini, Perak akan bertemu Juara Singapore Premier League 2023, Albirex Niigata pada hari Sabtu minggu hadapan.

Ad