Perak Beraksi Di Stadium MPM Untuk Liga Super Musim 2024/25
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Skuad bola sepak Perak FC dijangka beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) untuk saingan Liga Super musim 2024-2025.

Ini disebabkan stadium keramat The Bos Gaurus, Stadium Perak bakal menjalani proses penambahbaikan termasuk penggantian rumput baru dan penaiktarafan sistem saliran stadium.

Perkara ini disahkan oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah semalam.

Advertisements

Stadium MPM akan digunakan sebagai stadium sementara The Bos Gaurus sehinggalah semua proses penaiktarafan yang dinyatakan itu sudah selesai sepenuhnya.

Bagaimanapun, proses penaiktarafan hanya akan dimulakan selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini.

“Perkara ini masih dalam perbincangan lagi dan insya-Allah Isnin ini, saya bersama pihak KBS akan bermesyuarat.

Advertisements

“Salah satu agendanya adalah berkaitan dengan status penaiktarafan stadium ini termasuk daripada segi rumput, keperluan lain serta kita mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak antaranya Perak FC dalam merealisasikan kesempurnaan untuk Stadium Perak ini,” katanya seperti dilaporkan Berita RTM.

Sebelum ini, Perak telah bersetuju menerima tawaran geran RM500,000 daripada KBS untuk menaik taraf sistem saliran dan penanaman rumput baru di Stadium Perak.

Perkara tersebut juga telah mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak pada bulan lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram