Perak & Christian Obiozor Berpisah
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Dengan tetingkap perpindahan kedua bakal bermula beberapa saja lagi, Perak FC terus merombak barisan pemain mereka. Terbaru, The Bos Gaurus mengumumkan penyerang Nigeria, Christian Obiozor tidak lagi bersama pasukan.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Perak FC di laman media sosial rasmi mereka. Pengumuman ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana penyerang berusia 28 tahun itu gagal memberi impak memberangsangkan kepada pasukan Seladang.

Obiozor merekodkan sembilan penampilan dalam semua kejohanan Liga Malaysia (Liga M). Beliau mencipta satu gol dalam Piala FA dan mencipta masing-masing satu bantuan gol dalam Liga Super dan Piala FA.

Advertisements

“Penghargaan terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang bersama Skuad The Bos Gaurus dan selamat maju jaya dalam karier bola sepak di masa hadapan,” kata pihak pengurusan dalam satu kenyataan di Facebook.

Keputusan ini menunjukkan usaha berterusan pengurusan The Bos Gaurus bagi memastikan pasukan yang dibimbing jurulatih interim, Yusri Che Lah itu dapat bangkit pada pusingan kedua Liga Super dan Piala Malaysia.

Pengumuman tersebut turut memberi petanda Perak FC sudah mempunyai calon pengganti bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Obiozor itu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram