Ads
Perak Jadi Medan Ujian Harimau Malaya & Kim Pan-gon
Harimau Malaya
Perak FC

Kelab Liga Super, Perak FC bakal menjadi pasukan yang menguji keserasian barisan pemain Harimau Malaya.

Advertisements

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan skuad negara bakal mengharungi satu aksi pemanas badan dengan sebuah kelab Liga Super.

Advertisements

Ini bertujuan mempersiapkan Harimau Malaya sebelum pasukan itu berangkat ke Bishkek, Kyrgyzstan untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada 6 Jun.

Advertisements
Advertisements

“Kim Pan-gon kalau boleh nak satu perlawanan negara atau pun kelab di sini. Kalau kita lihat kalendar FIFA bermula pada 3 atau 4 hingga 11 Jun. Saya rasa agak susah untuk mendapatkan pasukan pada hujung bulan Mei sebelum ke Kyrgyzstan.

“Kita cuba untuk dapatkan tapi kalau tiada, KPG akan berdepan kelab (Liga Super) sebagai aksi pemanas badan bagi pasukan kebangsaan,” katanya pada bulan lalu.

Advertisements

Kini, akaun X, Perak The Yob mendedahkan skuad The Bos Gaurus menjadi pasukan yang dipilih untuk menentang skuad senior Malaysia.

Walau bagaimanapun, penyokong tidak berpeluang melihat perlawanan tersebut secara langsung kerana ia diadakan secara tertutup. Perlawanan ini bakal berlangsung pada 31 Mei ini.

Advertisements

Selepas menentang Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun, Malaysia akan menamatkan kempen kelayakan dengan menentang Chinese Taipei pada 11 Jun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram