Perak Jinakkan Albirex Niigata
Asia Tenggara
Perak FC
Advertisements

Pasukan Perak hari ini turun dalam satu aksi persahabatan antarabangsa berdepan kelab dari Singapura, Albirex Niigata.

Perlawanan yang dijadual berlangsung di Stadium Ipoh malam semalam berkesudahan dengan kemenangan diraih pasukan Perak selepas mengatasi Albirex Niigata, 3-1.

Separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-0. Pasukan tuan rumah mendahului aksi menerusi jaringan pembukaan yang berjaya dihasilkan pemain import baharu dari Kyrgyzstan, Adilet Kanybekov. Adilet tenang melepaskan satu percubaan dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol pasukan lawan.

Advertisements

Jaringan itu memastikan Perak mendahului aksi di separuh masa pertama.

Bersambung aksi di babak kedua permainan, Perak dikejutkan dengan jaringan penyamaan daripada pasukan pelawat untuk gol pertama Albirex Niigata menerusi Arya Igami pada minit ke-46 permainan.

Bagaimanapun pemain Perak, Adli Ahamad kembali meletakkan Perak dihadapan pada minit ke-54 permainan.

Advertisements

Luka Milonovic menutup aksi di Stadium Ipoh untuk jaringan ketiga menerusi sepakan penalti yang dihadiahkan pengadil perlawanan. Aksi tamat, Perak 3-1 Albirex Niigata.

Dalam dua aksi persahabatan antarabangsa, Perak mencatat kemenangan dalam kedua-dua aksi apabila sebelum ini berjaya menewaskan Geylang United dengan keputusan 3-0.

Skuad kendalian Yusri Che Lah dilihat melakukan persiapan yang cukup rapi menjelang sepak mula Liga Super 2024/2025 yang bakal membuka tirai pada bulan Mei kelak. Selepas ini, Perak akan berdepan Penang untuk satu lagi aksi persahabatan pada Jumaat, 5 April 2024.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram