Perak Lancar Jersi Baru Dengan Harga Mengalahkan Pasar Malam
Liga Super
TBG TV
Advertisements

Pasukan Liga Super, Perak FC telah melancarkan jersi home yang akan digunakan bagi saingan musim 2024/2025. Lebih menarik lagi, jersi tersebut boleh didapatkan dengan harga yang sangat rendah.

Jenama Cheetah sekali lagi menjadi pilihan Perak untuk musim ketiga berturut-turut selepas digunakan pada separuh musim 2022 dan juga diteruskan untuk musim 2023.

Jersi home Perak tetap menampilkan warna dan identiti yang sinonim dengan negeri Perak iaitu warna kuning. Jersi baharu Perak itu juga memperlihatkan jalur-jalur putih yang ada di bahagian hadapan baju.

Advertisements

Jika diteliti dengan lebih mendalam, jalur-jalur putih itu bukanlah jalur yang kosong kerana terdapat tulisan PFC yang bermaksud Perak FC.

Jersi menarik ini boleh disambar dengan harga yang sangat murah iaitu RM39 sahaja untuk Fan Issue manakala bagi Player Issue, harga yang ditetapkan untuk pembelian adalah RM159.

Harga yang ditetapkan untuk Fan Issue itu sudah pasti menggembirakan hati penyokong pasukan Perak yang sememangnya mahu mendapatkan jersi original dengan harga yang mampu milik.

Advertisements

Pelancaran jersi Home Perak telah dilangsungkan di Dataran MBI Ipoh sebentar tadi dengan menyaksikan ribuan penyokong membanjiri dataran bagi melepaskan rindu kepada pasukan kesayangan mereka.

Video Jersi Home Perak FC 2024/2025 DI SINI.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram