Perak Semakin Hampir Sambar Penyerang Colombia
Transfer
Punjab FC
Advertisements

Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah memberi bayangan pasukan itu semakin hampir mendapatkan penyerang Colombia, Wilmar Jordan.

Perkara ini dinyatakan beliau kepada Nadi Arena apabila ditanya tentang prospek perpindahan penyerang berusia 33 tahun itu.

Buat masa ini, Yusri enggan mengulas lebih panjang kedudukan Jordan memandangkan penyerang itu masih memiliki kontrak bersama kelab Indian Super League (ISL), Punjab FC.

Advertisements

Bagaimanapun, sebaik saja kontrak penyerang itu tamat pada bulan hadapan, Jordan dijangka menyertai skuad The Bos Gaurus itu.

“Saya boleh katakan di sini kita hampir pasti dapatkan beliau (Wilmar Jordan). Ketika ini, beliau masih beraksi dengan pasukan beliau (Punjab FC).

“Dan agak tidak baguslah kalau saya katakan di sini kerana beliau masih memiliki kontrak dengan pasukan yang beliau miliki. Dan jadi, beliau masih mewakili pasukan tersebut.

Advertisements

“Apa yang saya boleh katakan ialah kita menunggu tempoh kontrak beliau berakhir iaitu pada 11 April ini bersama dengan pasukan beliau sendiri. Dan selepas itu, beliau akan ke Ipoh selepas tarikh yang saya sebutkan tadi,” katanya.

Sekiranya perpindahan ini direalisasikan, Jordan bakal menjadi pemain import terbaru mewakili Perak untuk musim 2024-2025.

Perak membawa masuk Lee Tae-min, Luiz Henrique Motta dan Adilet Kanyebekov sebagai tenaga import baru pasukan.

Advertisements

Selain itu, pengurusan The Bos Gaurus turut mengekalkan khidmat empat tenaga import musim 2023 iaitu kapten Luciano Guaycochea, Jesper Nyholm, Luka Milunovic dan Sunday Afolabi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram