Perak Tunaikan Hasrat Besar Yusri Che Lah
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Persediaan Yusri Che lah membentuk pasukan baharu untuk musim hadapan kini disambut baik pihak pengurusan Perak.

Ketua jurulatih Perak, Yusri Che Lah pastinya sudah mempunyai perancangan tersendiri dan kini Perak sudah memulakan rundingan untuk membawa beberapa pemain baharu.

Perak kini sedang berunding dengan Terengganu untuk membawa masuk penyerang muda, Azfar Fikri yang pernah bermain untuk skuad bawah 23 tahun Malaysia.

Advertisements

Seorang lagi pemain yang berada dalam rundingan Perak ialah pemain Negeri Sembilan iaitu Tommy Mawat.

Pertahanan berusia 28 tahun ini memiliki versatiliti untuk bermain pelbagai posisi seperti pertahanan kiri, sayap kiri dan pemain tengah.

Advertisements

Perak turut dikhabarkan berminat untuk membawa masuk 2 pemain JDT yang sukar mendapat tempat dalam pasukan utama iaitu Adam Nor Azlin dan Izham Tarmizi.

Adam Nor Azlin kerap diturunkan dalam saingan Piala MFL untuk musim ini dan berjaya membantu pasukan JDT II ke peringkat akhir Piala MFL.

Advertisements

Izham Tarmizi yang dipinjamkan ke Sri Pahang pula sudah kembali ke pangkuan JDT dan kini Perak berpeluang untuk mendapatkan khidmat penjaga gol itu untuk musim hadapan.

Musim ini bersama Sri Pahang, Izham merekodkan 14 penampilan liga dimana beliau telah dibolosi sebanyak 16 kali dan berjaya mencatat 5 cleansheet.

Advertisements

Perak menamatkan saingan Liga Super 2023 ditangga ke-11 dengan mengumpul 22 mata hasil 6 kemenangan, 4 seri dan 16 kekalahan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram