Perak bangkit dari ketinggalan sebelum menang 3-2 ke atas pasukan tercorot liga, UiTM FC.
UiTM bermula baik menerusi jaringan penalti Nana Poku pada minit ke-20 sebelum menggandakan jaringan pada minit ke-40.
Perak yang tertekan dengan ketinggalan dua jaringan menggadakan serangan dan akhirnya berjaya merapatkan jurang jaringan menerusi jaringan Raianderson pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Perak akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-69 menerusi jaringan penalti pemain naturalisasi terbaru Harimau Malaya, De Paula.
Rainderson sekali lagi menjadi wira pasukan Perak apabila bola tendangannya gagal di tepis rapi penjaga gawang UiTM menjadikan kedudukan 3-2 pada minit ke-77.
Perlawanan kekal tamat dengan keputusan memihak kepada pasukan Perak dengan kemenangan penting 3-2 ke atas pasukan UiTM yang kini masih belum mencatatkan sebarang kemenangan selepas 7 perlawanan.
Untuk menyaksikan kesemua perlawanan melibatkan Liga Super dan Liga Premier yang disiarkan secara langsung, tonton di Siaran Langsung (Live) Liga Super dan Liga Premier 2021.
Liga Super Malaysia 2021
Senarai pasukan bertanding:
- Johor Darul Ta’zim
- Kedah Darul Aman
- Kuala Lumpur City
- Melaka United
- Sri Pahang
- Perak
- Penang
- Petaling Jaya City
- Sabah
- Selangor
- Terengganu
- Universiti Teknologi Mara