Peranan Baharu Bantu Arif Aiman & Akhyar Rashid Lebih Menyerlah Di JDT
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Dua pemain tempatan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan juga Akhyar Rashid dilihat mula membentuk gandingan baharu dalam perancangan Tano Solari di JDT.

Kedua-dua pemain ini dikesan beraksi selaku penyerang tengah ketika skuad Harimau Selatan mencatat kemenangan bergaya 4-0 menewaskan Kelantan United di tempat lawan.

Advertisements

Arif Aiman memulakan perlawanan dalam kesebelasan utama pasukan sementara Akhyar Rashid masuk selaku pemain gantian pada babak kedua.

Arif pada awalnya beraksi selaku pemain sayap seperti peranan kebiasaannya namun mula bermain lebih ke tengah memasuki babak kedua.

Advertisements

Percaturan pengendali kelahiran Argentina itu untuk meletakkan pemain berusia 21 tahun ini sebagai penyerang nyata membuahkan hasil apabila beliau berjaya mencatatkan dua bantuan gol.

Kemasukan Akhyar jelas mengubah dinamik pada jentera serangan JDT apabila larian-lariannya seringkali menyukarkan benteng pertahanan Kuching City semalam.

Advertisements

Ini juga membuka ruang buat dua pemain ini beraksi pada posisi baharu selepas kebanyakan minit permainan mereka beroperasi selaku pemain sayap dalam setiap perlawanan.

Tano Solari juga pernah menyatakan bahawa pada pemain JDT akan diberikan peranan yang lebih banyak dan tidak hanya beraksi pada posisi kebiasaan mereka untuk membantu perkembangan individu.

Advertisements

Perkara ini dibuktikan apabila Arif kini sudah pun diberi kepercayaan untuk menggalas beberapa peranan di atas padang sejak awal musim lagi.

JDT kini mengekalkan rekod cemerlang menerusi kemenangan ke-11 semalam dan bakal melayan kunjungan Sri Pahang minggu hadapan.

Advertisements

News Comments Account