Advertisement
Perbandingan Nilai Pasaran Bergson & Bintang Shandong Taishan, Zeca
ACL
MakanBola
JST/STFC

Saham dua tonggak pasukan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Bergson da Silva dan Zeca mencuri perhatian penyokong.

Bergson terus membuktikan dirinya makin berbisa dalam saingan Liga Super. Beliau kini penjaring terbanyak liga dengan 19 gol, jauh meninggalkan Paulo Josue yang menjaringkan 10 gol.

Bisa Bergson turut membantu pasukan gergasi selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) bergelar juara Piala FA 2024.

Semakan terbaru di Transfermarkt mendapati beliau kini bernilai €400,000 (RM1.8 juta) dalam pasaran perpindahan pemain.

Nilai ini sedikit berbeza berbanding nilai rakan senegara yang beraksi untuk Shandong Taishan, Zeca. Zeca kini bernilai €750,000 (RM3.5 juta) di pasaran.

Selepas pulih daripada kecederaan ligamen medial, penyerang berusia 27 tahun itu merekodkan lapan penampilan, dua gol dan tiga bantuan gol dalam semua kejohanan termasuk ACLE.

Kedua-duanya dijangka menjadi figura utama JDT dan Shandong Taishan untuk aksi terbaru ACLE pada 26 November ini.