Perbezaan nilai pasaran antara dua tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva dan Jorge Obregón mencuri tumpuan.
Skuad kendalian Hector Bidoglio menerima kehadiran tonggak Colombia itu bagi mengisi posisi serangan.
Pemain berusia 27 tahun itu menyertai JDT dari kelah Croatia, HNK Rijeka setelah hampir keseluruhan karier beraksi di Eropah.
Beliau bagaimanapun mencatatkan perbezaan nilai pasaran yang signifikan dengan penyerang kelahiran Brazil, Bergson Da Silva.
Obregon memiliki nilai pasaran mencecah 500,000 Euro (RM2.4 Juta) dan menjadi antara pemain paling bernilai di JDT.
Bergson pula memiliki nilai pasaran yang agak tinggi iaitu 450,000 Euro (RM2.15 Juta) ketika ini.
Tonggak termahal JDT ketika ini dipegang oleh kapten pasukan, Jordi Amat iaitu sekitar 800,000 Euro (RM3.8 Juta).
JDT bakal menjadi wakil tunggal Malaysia untuk beraksi di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dengan aksi menentang