Percaturan Akhir E. Elavarasan Jadi Tumpuan
Piala AFF
FA Malaysia
Advertisements

Jurulatih skuad B-23 Malaysia, E. Elavarasan mencuri tumpuan hari ini dengan tidak menyenaraikan Shafi Azswad (Penang FC) dan Zikri Khalili (Selangor FC) daripada senarai 23 pemain yang akan beraksi di Piala AFF B-23 2023.

Sebaliknya, bekas pengendali PDRM FC itu memberi peluang kepada beberapa muka baru. Ini termasuk pemain Imigresen FC, Hazim Abu Said dan duo berbakat dari Kelantan FC, M. Rakesh dan Harith Akif Mohd Shahar.

Elavarasan mempunyai sebab tersendiri untuk tidak menyenaraikan dua pemain berkenaan. Dalam kes Zikri, bek kanan muda berusia 21 tahun itu sudah banyak kali beraksi bukan saja untuk pasukan kebangsaan malah untuk kelabnya, Selangor FC.

Advertisements

Musim ini, beliau merekodkan 10 penampilan dalam Liga Super walaupun berperanan sebagai pemain sokongan kepada Quentin Cheng. Selain itu, Zikri juga turut dipanggil memperkuat skuad B-22 negara yang beraksi di Sukan SEA 2023 pada Mei lalu.

Di samping itu, kedua-dua Shafi dan Zikri juga merupakan orang lama dalam skuad B-23 negara. Justeru, tidak salah buat Elavarasan memanggil pemain baru untuk mencuba kombinasi baru dalam kejohanan antarabangsa.

Advertisements
https://www.tiktok.com/@fariszukeiman/video/7267801113221418242

Pada masa sama, itu tidak bermakna peluang menyertai skuad B-23 Malaysia sudah tertutup buat Shafi dan Zikri.

Selagi mana kedua-duanya menunjukkan prestasi konsisten bersama pasukan masing-masing, tidak mustahil kedua-duanya akan kembali mendapat tempat dalam skuad kebangsaan pada masa depan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram