Percaturan Bidan Terjun Sabah ‘Menjadi’ Berjaya Ikat Terengganu di Gong Badak
Liga Super
Instagram : Sabah FC
Advertisements

Pasukan Terengganu FC kecewa apabila tuan rumah sekadar memungut satu mata pada aksi Liga Super ke-16 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menentang Sabah FC.

Terengganu bermula garang seawal minit pertama permainan apabila David Da Silva melakukan asakan terhadap penjaga gol Sabah FC. Selang beberapa minit selepas itu, pemain sayap Terengganu FC, Faisal Halim berjaya melepaskan satu percubaan tepat ke gawang tetapi bola itu ditangkap kemas oleh penjaga gol Sabah FC, Rozaimie Rohim.

Pasukan pelawat, Sabah FC melakukan percubaan menerusi pemain import mereka iaitu Ivancic pada minit ke-27 namun rembatan itu gagal menghasilkan gol. Percaturan ‘bidan terjun’ pasukan pelawat yang turun tanpa Saddil Ramdani dan Amri pada separuh masa pertama dilihat tumpul di bahagian serangan.

Advertisements

Pada minit ke-32 perlawanan, Terengganu FC terus mengasak pertahanan lawan menerusi Faiz Nasir yang melepaskan satu hantaran deras dari luar kotak penalti, namun sedikit tersasar. “Through ball” cantik Faisal Halim kepada Dechi Marcel sekali lagi membahayakan gawang Sabah FC apabila sepakan Marcel itu terkena palang pada minit ke-39. 

Meskipun Terengganu FC mengimbangi perlawanan, babak separuh masa pertama berkesudahan seri tanpa jaringan. 

Saingan separuh masa kedua bermula dengan kemasukan Saddil Ramdani dan Amri Yahyah oleh pasukan Sabah FC. Terengganu FC pula mengeluarkan pemain sayap mereka, Faisal Halim ekoran kecederaan dan memasukkan Rahmat Makasuf.

Advertisements

Saddil Ramdani dan Amri Yahyah dilihat banyak membantu bahagian serangan pasukan Sabah FC. Saddil bijak membuka ruang kosong manakala Amri kreatif melakukan gerakan-gerakan yang mengucar-ngacirkan pertahanan Terengganu FC. Pasukan pelawat memiliki peluang terbaik pada minit ke-56 perlawanan melalui percubaan Saddil Ramdani, sayangnya percubaan itu hanya melewati palang gol Terengganu FC.

Hantaran-hantaran pendek yang dilakukan Terengganu FC di dalam kawasan pelawat pada separuh masa kedua serba tidak menjadi. Percubaan-percubaan daripada pemain Terengganu FC banyak yang tersasar dan langsung tidak membahayakan pasukan Sabah.

Peluang terbaik hadir pada minit ke-87 perlawanan buat pasukan Terengganu FC apabila pengadil memberikan sepakan percuma di luar kotak penalti. Sepakan itu cantik masuk ke gawang gol pasukan Sabah FC namun jaringan itu dibatalkan pengadil kerana pemain Terengganu FC, Rahmat Makasuf berada pada kedudukan “offside’.

Advertisements

Empat minit masa tambahan yang diberikan oleh pengadil tidak mengubah keputusan perlawanan. Terengganu FC sekadar seri 0-0 menentang Sabah FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram