Percaturan Tan Cheng Hoe Pulihkan Mental Pemain Selangor Berhasil
Liga Super
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Kemenangan besar 4-0 Selangor ke atas Perak bukan saja membantu Red Giants merampas semula tempat kedua Liga Super. Malah, ia dilihat tonik terbaik buat para pemain terutama pemain-pemain B-22 negara yang baru pulang dari kempen Sukan SEA 2023.

Bagi jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe, beliau mengakui pemain-pemain ini hilang motivasi selepas gagal mencapai matlamat layak ke final temasya dwi-tahunan itu. Atas sebab itu, barisan kejurulatihan Merah Kuning yang diketuainya dan pemain-pemain senior memberi semangat kepada mereka untuk bangkit semula.

“Seperti pemain yang baru pulang daripada Sukan SEA, mereka perlu dapat keyakinan semula dan daripada segi mental dan psikologi mereka pelu bersedia.

Advertisements

“Kalau kita lihat pencapaian dalam Sukan SEA, ia kurang memberangsangkan dan sedikit sebanyak menjejaskan psikologi mereka.

“Kami barisan kejurulatihan dan pemain senior sentiasa memberikan kata-kata positif kepada pemain muda berkenaan untuk pulihkan keyakinan mereka,” katanya kepada Stadium Astro.

Cheng Hoe bertindak berani bukan saja memberi peluang kepada tonggak Harimau Muda, Mukhairi Ajmal dalam kesebelasan utama untuk perlawanan semalam. Malah, beliau turut memilihnya sebagai kapten berikutan Brendan Gan masih kurang cergas dan diletakkan di bangku simpanan.

Advertisements

Kepercayaan itu dibalas dengan persembahan yang bagus ditampilkannya di bahagian tengah menentang Perak. Malah, Mukhairi turut menyumbat gol ketiga menerusi rembatan jarak jauh pada minit ke-51.

Selain Mukhairi, lima lagi pemain B-22 negara yang mewakili Selangor ialah Zikri Khalili, Harith Haiqal Adam Afqar, Syahir Bashah, Aliff Izwan Yuslan dan V. Ruventhiran.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram