Perebutan Kasut Emas Liga Super Semakin Rancak
Liga Super
JST & Selangor FC
Advertisements

Perebutan kasut emas Liga Super 2023 semakin rancak apabila Fernando Forestieri kini berkongsi carta pertama dengan pemain Selangor, Ayron del Valle.

Forestieri dan Ayron kini telah menjaringkan 17 gol liga diikuti rapat bekas pemenang kasut emas Liga Super 2022, Bergson dengan jumlah 15 gol.

Namun Ayron berpeluang cerah untuk memintas Forestieri ketika ini setelah penyerang utama JDT itu terpaksa diketepikan ekoran kecederaan.

Advertisements

Forestieri bakal tersisih buat tempoh masa yang lama ekoran kecederaan yang dialami oleh Forestieri sewaktu perlawanan akhir Piala FA 2023 yang lalu.

Berbaki 6 perlawanan lagi, Ayron dilihat mampu untuk mencapai angka 20 gol liga semusim dimana beliau hanya memerlukan 3 gol sahaja lagi.

Bergson juga turut mula bersaing apabila beliau sudah menjaringkan 15 gol ketika ini. Namun rekod 29 gol beliau musim lalu mungkin sukar untuk dipecahkan.

Advertisements

Hanya seorang pemain tempatan yang berada dalam senarai carta penjaring terbanyak Liga Super 2023 iaitu Faisal Halim dengan jumlah 8 gol ketika ini.

Kehangatan perebutan kasut emas semakin dirasai apabila Ayron berjaya menyamakan rekod jaringan Forestieri manakala konsistensi Bergson menjaringkan gol menyaksikan beliau berada di tempat ke-3 carta penjaring ketika ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram