Advertising
“Peristiwa Penting Kerjasama FAM & PUMA” – Sanjay Roy
MakanBola
FA Malaysia

Puma menyifatkan kerjasama antara jenama itu dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mampu memberi impak besar kepada arena bola sepak negara.

Hal ini dinyatakan sendiri oleh Pengarah Urusan Puma Asia Tenggara & Oceania, Sanjay Roy selepas majlis pelancaran jersi baharu Harimau Malaya.

Ad

Jersi ini merupakan permulaan kerjasama antara jenama terkenal itu dengan FAM selama empat tahun. Puma dipilih sebagai pembuat jersi Harimau Malaya menggantikan pembuat jersi sebelumnya, Nike.

Ad

Kerjasama dua entiti ini tidak hanya tertumpu kepada penghasilan pakaian dan peralatan sukan yang diperlukan Harimau Malaya.

Malah, ini turut merangkumi pelan untuk meningkatkan prestasi pemain melalui produk termaju, penglibatan komuniti dan pengukuhan asas sukan bola sepak di Malaysia.

Ad

Atas sebab itu, Roy melihat kerjasama FAM dan Puma ini mampu memberi manfaat besar kepada arena bola sepak negara.

Ad

“Kerjasama dengan FAM ini menandakan satu peristiwa penting bagi Puma kerana kami dapat mengembangkan kehadiran kami dalam bola sepak Malaysia,” katanya.

Ad

“Kami berdedikasi untuk melengkapkan Harimau Malaya dengan produk inovatif yang memperkasakan mereka untuk mencapai matlamat sambil meraikan kuasa sukan ini untuk bersatu dan memberikan inspirasi.”

Sejak jersi tersebut dilancarkan, jersi baharu Harimau Malaya sudah mendapat maklum balas positif daripada penyokong.

Penyokong yang ingin mendapatkan jersi edisi terhad berkenaan boleh didapati di kedai Puma terpilih di seluruh negara.