Dunia

Perjalanan Skuad Muda Malaysia Menjuarai Kejohanan AFF Bawah 15 Tahun Dengan 20 Jaringan Gol

EBiPGVKU4AMcP6r Perjalanan Skuad Muda Malaysia Menjuarai Kejohanan AFF Bawah 15 Tahun Dengan 20 Jaringan Gol
Advertisements

7 perlawanan, 20 jaringan gol, 4 bolos, 5 kemenangan dan 2 seri. Selayaknya skuad muda negara kali ni diberikan penghargaan tertinggi dengan aksi cemerlangnya.

Malaysia adalah juara Asia Tenggara bagi kategori bawah 15 tahun dan Malaysia juga masih belum tewas untuk 3 kejohanan berturut-turut iaitu Kejuaraan Persatuan Jokey Hong Kong, CFA di China dan AFF U15 Championship.

Malaysia juga berjaya menewaskan pasukan Asia lain seperti Hong Kong 4-0, Iran 2-0, dan Korea Utara 2-1.

Berikut merupakan video keseluruhan perlawanan + jaringan gol yang berjaya dihasilkan sepanjang kejohanan ini.

Malaysia 8-0 Brunei

https://www.youtube.com/watch?v=LVX0HDEAL4g

Malaysia 2-0 Komboja

https://www.youtube.com/watch?v=isBQUnXKdzY

Australia 0-3 Malaysia

Malaysia 1-1 Laos

Malaysia 1-1 Thailand

https://www.youtube.com/watch?v=mMKKzw6oK-I

Malaysia berjaya menjaringkan 15 gol dan hanya bolos 2 jaringan sekaligus menjuarai kumpulan B. Malaysia dan Thailand layak ke Separuh Akhir kejohanan.

SEPARUH AKHIR: Malaysia 3-1 Vietnam

Malaysia juga bermain dengan sangat baik di separuh akhir apabila mudah menewaskan naib juara kumpulan A, Vietnam 3-1 sekaligus layak ke perlawanan akhir menentang Thailand.

FINAL: Thailand 1-2 Malaysia

Malaysia yang masih belum tewas sepanjang kejohanan meneruskan rentak kecemerlangan apabila berjaya menewaskan Thailand sekaligus menjuarai Kejohanan AFF Bawah 15 Tahun di Thailand.

https://www.youtube.com/watch?v=2QOWo9i9z1Q&t=31s

7 perlawanan, 20 jaringan gol, 4 bolos, 5 kemenangan dan 2 seri. Ini adalah prestasi terbaik sepanjang zaman untuk pasukan muda negara.

Hakikatnya Malaysia masih belum tewas selepas 13 perlawanan terakhir di 3 kejohanan berbeza:

Jokey Club (Hong Kong)
Malaysia 4-0 Hong Kong
Malaysia 6-1 Myanmar
Malaysia 1-0 Singapore

CFA (China)
Malaysia 2-0 Iran
Malaysia 2-1 DPRK
Malaysia 1-1 China

AFF U15 Championship
Malaysia 3-0 Australia
Malaysia 2-0 Cambodia
Malaysia 8-0 Brunei
Malaysia 1-1 Thailand
Malaysia 1-1 Laos
Malaysia 3-1 Vietnam
Thailand 1-2 Malaysia

Gambar / The AFC