Dunia
Advertisements

Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) menegaskan persatuan itu masih belum terkubur, walaupun digantung daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tahun lalu.

Presiden PFA, Zamri Ibrahim, berkata beliau bersama barisan jawatankuasa PFA yang baharu dilantik hari ini, masih berjuang bagi menghidupkan kembali sukan bola sepak di Perlis.

Menurutnya, walaupun digantung daripada menyertai sebarang liga dalam dan luar negara, itu bukan bererti PFA sudah boleh menutup buku.

Advertisements

“Untuk mengatakan kita (PFA) sudah mati dan terkubur tidak benar. Kalau sudah mati kita sudah tutup buku dan kita tidak anjurkan Kongres Luar Biasa (EGM) PFA hari ini.

“Kita akui sedang digantung, tetapi PFA akan bertemu dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi membincangkan langkah agar hukuman itu boleh diringankan melalui rayuan rasmi kepada FIFA.

“Secara logiknya, bagaimana kita hendak cari wang jika semua aktiviti dan pertandingan PFA tidak boleh anjur dan sertai. Sekurang-kurangnya beri sedikit ruang untuk kita berbuat sesuatu,” katanya pada sidang media EGM PFA di Majlis Sukan Negeri (MSN) Perlis.

Advertisements
EGM Perlis FA Masih Wujud, Mahu Kembali Bangkit
EGM Perlis FA

Zamri yang sebelum ini pernah memegang jawatan Timbalan Presiden PFA berkata, di bawah pengurusan baharu, pihaknya mahu memberi fokus untuk menyelesaikan masalah dalaman terlebih dahulu sebelum melangkah ke peringkat pembentukan pasukan.

“Ya, memang kita nak tumpukan dahulu masalah kewangan dan hutang PFA yang tertunggak sebelum kita bincangkan mengenai pasukan Singa Utara.

“Kita akan teliti semula semua tuntutan hutang yang betul-betul mematuhi kontrak dan selari undang-undang FAM, yang jadi masalah apabila penuntut hutang hanya kemukakan angka tanpa bukti kukuh,” katanya.

Advertisements

Tahun lalu, skuad Singa Utara tidak dibenarkan menyertai Liga Malaysia selepas gagal membayar gaji pemain dan berhadapan pelbagai masalah membabitkan pengurusannya.

Sementara itu, Zamri berkata pada Sukan Malaysia 2020 (SUKMA 2020) di Johor nanti, PFA tetap menghantar pasukannya bagi menyertai kejohanan itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram