“Perlu Ada Liga Simpanan” – Ong Kim Swee
Dunia
FAM
Advertisements

Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menyatakan pernah memberi pandangan adakan Liga Simpanan kerana terdapat banyak kelebihan yang beliau lihat terutama dari segi kecergasan.

Ong Kim Swee menjelaskan syarat-syarat yang ditetapkan untuk pemain apabila Liga Simpanan berjaya diwujudkan sekaligus memberi peluang kepada pemain yang terpilih untuk bermain dalam kesebelahan utama.

“Ketika saya masih bersama FAM saya ada cadangkan untuk adakan Liga Simpanan yang mana ia dapat memberi manfaat kepada pemain-pemain di Liga Super yang ingin minit permainan untuk mengekalkan kecergasan mereka.

Advertisements

“Bagaimanapun, bagi saya untuk Liga Simpanan ini kita perlu tetapkan bahawa sebanyak enam pemain berusia bawah 22 tahun perlu beraksi dalam kesebelasan utama,”katanya kepada Harimau Malaya,” katanya kepada HarimauMalaya.

Jika ia dilaksanakan, beliau percaya pasukan negara akan berada dalam keadaan sentiasa bersiap sedia kerana sesiapa sahaja yang dipanggil untuk menyarung jersi Harimau Malaya akan berada dalam tahap yang cukup terbaik.

“Tidak dapat dinafikan jika Liga Simpanan ini diwujudkan ia akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pemain tetapi juga kepada skuad kebangsaan.”

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram