Perpindahan J. Partiban Ke Kedah Untungkan KL City
Liga Super
KL City FC
Advertisements

CEO KL City FC, Stanley Bernard Samuel menyifatkan perpindahan pemain sayap mereka, J. Partiban secara pinjaman ke Kedah Darul Aman (KDA) FC bersifat menang-menang buat kedua-dua belah pihak.

Selepas mendapat tahu keinginan KDA FC mendapatkan Partiban, beliau ingin tahu sama ada bekas pemain sayap Perak FC itu akan dimanfaatkan sebagai pemain utama atau sebagai pemain skuad.

Ini kerana jika Partiban digunakan sebagai pemain skuad, lebih baik beliau kekal bersama The City Boys dan menjadi sebahagian daripada perancangan jurulatih baru, Nenad Bacina.

Advertisements

Bagaimanapun, kesungguhan pengurusan KDA FC melihatnya sebagai sebahagian daripada perancangan jurulatih mereka, Nafuzi Zain menyakinkan KL City FC untuk meminjamkan pemain berusia 30 tahun itu.

“Saya rasa perpindahan (Partiban) ada perbincangan yang cukup teliti dengan percaturan teliti kedua-dua kelab dari segi bola sepak dan lima bulan baki liga.

So, bila mereka approach KL, saya menanyakan first, ‘Adakah Partiban pergi untuk bermain?’ Ini amat penting (kerana) kalau dia tak main kat sana, hanya untuk team squad, saya rasa kat sini pun dia still boleh fight.

Advertisements

“Sebab dia telah berikan banyak kepada kelab, menang Piala Malaysia dengan kita (dan) last year, AFC Cup number two (naib juara). So, player yang berkualiti, top professional. So, bagi saya, kena ada kebijaksanaan mengapakah kita buat perpindahan loan sebegitu.

“Saya ucapkan tahniah kepada Kedah kerana memberikan semua jawapan yang tepat untuk lima bulan ini untuk Partiban bermain untuk Kedah,” katanya bila ditemubual Nadi Arena.

Partiban dijangka membuat kemunculan pertama bersama Sang Kenari dalam aksi Piala Malaysia menentang Perak FC pada 3 Ogos ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram