Perpindahan Syahmi Safari Untungkan Selangor
Dunia
Selangor FC
Advertisements

CEO Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon mengakui tidak menyesal melepaskan bekas pemain sayap kelabnya, Syahmi Safari kerana ada keuntungan bukan lepaskan dengan tangan yang kosong.

Antara pemain lain yang turut memberi keuntungan kepada Selangor ialah Rodney Celvin, namun Dr Johan enggan mendedahkan jumlah yang beliau terima daripada kedua-dua kelas tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC itu menjelaskan hasrat yang diletakkan oleh penyokong dalam saingan ini agak tinggi, Oleh itu, juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali perlu mengekalkan tahap pasukan dalam kelompok tiga terbaik musim ini.

Advertisements

“Kami tidak melepaskan Syahmi dan Rodney begitu sahaja tanpa membuat sebarang keuntungan,” katanya.

“Kami masih berjaya buat duit yang banyak selepas mereka meninggalkan Selangor FC.”

“Sebab kedua-dua kelab itu (JDT dan Kedah) ada bayar kepada kami. Tapi jumlah kedua-dua kelab itu bayar kita tidak boleh diberitahu, undisclosed,” ujarnya.

Advertisements

“Harapan pengurusan dan peminat pada musim 2022 cukup tinggi untuk melihat Selangor untuk merealisasikan sasaran tersebut seterusnya berada dalam kelompok tiga terbaik Liga Super,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Dr Johan bakal mengambil pemain muda yang pernah bermain dalam pasukan utama kerana dalam masa yang sama beliau telah meletakkan target yang tinggi untuk pemain-pemain di kempen yang ada sekurang-kurangnya Piala AFC musim hadapan.

“Kita akan menggunakan pemain muda yang mana majoritinya sudah beraksi dalam pasukan utama. Sekarang ini, mereka wajib capai sasaran beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia atau Piala AFC.”

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram