Persaingan 3 Bintang Liga Malaysia Makin Sengit
Liga Super
JST & Selangor FC
Advertisements

Persaingan tiga bintang Liga Malaysia dalam merebut anugerah kasut emas Liga Super semakin sengit apabila jurang perbezaan gol semakin mengecil.

Penyerang sensasi Selangor, Ayron de Valle ketika ini mengungguli carta pertama penjaring terbanyak Liga Super dengan rekod 21 jaringan.

Namun kembalinya Fernando Forestieri daripada kecederaan tempoh hari menyaksikan penyerang JDT itu kembali meledak gol bersama pasukan.

Advertisements

Kini Forestieri mengumpul 19 gol dan hanya dibezakan 2 gol dengan Ayron de Valle.

Forestieri sebelum ini telah terlepas beberapa perlawanan akibat kecederaan sewaktu perlawanan akhir Piala FA tempoh hari yang menyebabkan Ayron de Valle sempat memintas kutipan gol penyerang JDT itu.

Seorang lagi penyerang JDT yang turut merupakan bekas pemenang anugerah kasut emas musim lalu, Bergson Da Silva turut mengekori rapat dengan 17 gol ketika ini.

Advertisements

Kedua-dua pasukan iaitu JDT dan Selangor kini mempunyai baki 3 perlawanan liga sekaligus menghidupkan perebutan kasut emas Liga Super buat 3 pemain ini.

JDT bakal menentang Kuching City, Sri Pahang dan Penang manakala Selangor bakal berhadapan dengan Perak, Selangor dan PDRM.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram