Perseteruan dua penyerang sensasi di Liga Super, Fernando Forestieri dan juga Ayron Del Valle berlangsung dengan cukup sengit ketika saingan memasuki minggu ke-10.
Anak didik Tano Solari ketika ini gah mendahului carta Liga Super selepas mencatatkan kemenangan 1-0 ke aras PDRM untuk mengekalkan rekod tanpa kalah pasukan.
Ketika ini, skuad Harimau Selatan telah merekodkan 9 kemenangan Liga Super untuk menjarakkan diri sebanyak 5 mata dengan pasukan tangga kedua, Selangor FC.
Kecemerlangan jentera serangan kedua-dua pasukan jelas menjadi kunci apabila JDT yang diketuai oleh penyerang kelahiran Argentina itu sudah pun meledak 9 gol setakat ini.
Beliau diekori rapat oleh seorang lagi penyerang berbisa Selangor, Ayron Del Valle yang kini sudah mula mendapat rentak bersama pasukan.
Ledakan ketika menewaskan Terengganu 5-1 di laman sendiri menyaksikan penyerang berbisa Colombia itu sudah mencetak 7 gol.
Prestasi ini jelas menggembirakan pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe dalam misi untuk terus menghambat JDT selaku pendahulu liga.
JDT sepatutnya berdepan Kelantan United di laman sendiri sementara Selangor akan menentang Sabah pada 27 April kelak.