Liga Super
SFC/JST/TFC/SFC
Advertisements

Persaingan merebut status selaku pertahahan terbaik Liga Malaysia terus berlangsung sengit dengan beberapa nama besar disenarai pendek untuk merebut gelaran tersebut.

Advertisements

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2023 (ABK23) kembali merancakkan arena bola sepak Malaysia dengan beberapa 16 kategori dipertandingkan dengan dua kategori diperkenalkan.

MFL berbesar hati apabila dapat kembali menganjurkan acara berprestij ini secara fizikal yang bakal menyaksikan persaingan lebih menarik dengan kategori baharu menjadikan keseluruhan 16 kategori dipertandingkan.

Advertisements

Pada musim ini, terdapat penambahan dua kategori iaitu Pemain Terbaik MFL dan Penjaring Terbanyak Piala MFL.

Pertandingan Piala MFL ini julung kali diadakan pada tahun ini membabitkan pasukan-pasukan bawah 23 tahun.

Advertisements

Namun begitu, tumpuan terarah kepada persaingan sengit di posisi pertahanan dengan tiga pemain JDT iaitu Feroz Baharudin, Matthew Davies dan Corbin-Ong tercalon.

Dua pemain Terengganu dan Sabah iaitu Shahrul Nizam, Azam Azmi, Dominic Tan dan Rizal Ghazali turut berada dalam senarai.

Sementara itu, tiga pemain pasukan Lembah Klang iaitu Kamal Azizi (KL City), Quentin Cheng dan Sharul Nazeem (Selangor FC) bakal memberi saingan sengit.

Seramai 398 daripada 782 pemain telah disenarai pendek berdasarkan penampilan bersama kelab masing-masing sebelum dibawa ke Jawatankuasa Saringan ABK23.

10 pemain terbaik dalam setiap kategori telah disenarai pendek. Para pemain dipilih dalam setiap kategori mengikut posisi yang didaftarkan oleh pasukan masing-masing.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram