Prestasi semasa yang serba tidak kena buat Hougang United seakan-akan menjejaskan persiapan mereka untuk aksi pertama Piala AFC khamis ini menentang Sabah FC.
Kelab Singapura tersebut baru sahaja dibelasah pendahulu liga, Albirex Niigata dengan jaringan 5-0.
Malah ketika ini Hougang gagal meraih sebarang kemenangan dalam 3 perlawanan terakhir liga setelah merekodkan 2 kekalahan dan 1 keputusan seri.
Hougang Unitd sebelum ini seri 3-3 dengan pasukan Tanjong Pagar dan mengalami kekalahan besar 8-2 kepada Lion City Sailors.
Rentetan aksi yang merudum tersebut pastinya merencatkan persiapan Hougang United untuk bertemu Sabah di Stadium Likas.
Prestasi pertahanan Hougang juga tidak menentu apabila sudah merekodkan 57 bolos dalam 24 perlawanan liga ketika ini.
Hougang United kini berada ditangga ke-6 liga dengan kutipan 29 mata setelah meraih 9 kemenangan, 2 seri dan 13 kekalahan.
Marko Krajelvic selaku pengurus interim Hougang United sejak bulan April lalu ketika ini mempunyai tugas yang berat untuk meningkatkan semula prestasi semasa pasukan.
Wakil Malaysia, Sabah pastinya bakal mengambil peluang keemasan terhadap situasi semasa Hougang United untuk meraih kemenangan pertama dalam saingan Piala AFC 2023.