“Persiapan Indonesia Tak Berjalan Lancar” – Shin Tae-yong
Piala AFF
PSSI
Advertisements

Ketua jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong mengakui bahawa perjalanan pasukan Indonesia dalam saingan Piala AFF B-23 tidak berjalan seperti yang diharapkan.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu berdepan detik mencabar untuk menjelmakan kejayaan buat pasukan muda Garuda.

Beliau bagaimanapun terpaksa menelan hakikat apabila kehilangan beberapa tonggak utama disebabkan kecederaan.

Advertisements

Malah, terdapat juga bintang utama pasukan yang tidak dilepaskan oleh kelab di Liga 1 Indonesia atas kehendak ketua jurulatih.

Bekas jurulatih Korea Selatan merasakan persiapan pasukan tidak berjalan seperti yang diharapkan.

“Secara jujurnya dengan anda semua, persiapan tidak berjalan dengan lancar. Ia bukan saja berlaku kepada kami tetapi juga kepada pasukan-pasukan lain.”

Advertisements

Baik Malaysia dan Timor Leste malah Vietnam juga berdepan situasi sama. Saya katakan ini kerana situasi ini masih berjalan dan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan, saya tak dapat membawa semua pemain yang saya nak.”

“Saya tak dapat membawa mereka ke sini kerana mereka beraksi untuk kelab yang bersaing dalam liga. Bagi saya, kejohanan ini tidak dirancang seperti yang dinyatakan,” jelas beliau ketika sidang media pra perlawanan.

Pemain Timnas Indonesia kali ini juga lebih ramai muka baharu yang beraksi selaku pemain gantian di Liga 1 Indonesia.

Advertisements

Ini juga dilihat sebagai peluang terbaik buat beliau mencungkil lebih ramai bakat muda bagi mempersiapkan pasukan di Kelayakan Piala Asia B-23, September depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram