Persija Jakarta & Hanoi Antara Lawan Selangor Di Indonesia
Asia Tenggara
MakanBola
Selangor FC
Advertisements

Selepas Selangor Asia Challenge (SAC) 2024, Selangor FC bakal terlibat dalam satu lagi kejohanan pra-musim.

Ini selepas stesen televisyen Indonesia, RCTI mengumumkan penganjuran kejohanan antarabangsa RCTI Premium Sports hari ini.

Advertisements

Kejohanan ini bukan saja menampilkan Merah Kuning. Malah, RCTI Premium Sports turut menyaksikan penyertaan dua kelab Indonesia, PSIS Semarang dan Persija Jakarta serta kelab Vietnam, Hanoi FC.

Penyertaan Selangor dalam kejohanan ini dijangka membantu persediaan mereka ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim 2024/25. Merah Kuning layak ke kejohanan itu selepas muncul naib juara Liga Super musim 2023.

Advertisements

Sebagai persiapan menghadapi ACL2, Selangor merekrut tiga pemain import baru iaitu Umarbek Eshmurodov dari Uzbekistan, Alvin Fortes (Cape Verde) dan Ronnie Fernandez (Chile).

Sementara dua pemain Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Azim Al Amin Kamaruddin dan Nooa Laine turut dibawa masuk untuk memperkuatkan pasukan itu.

Advertisements

Sehingga artikel ini ditulis, RCTI belum mendedahkan bila RCTI Premium Sports akan berlangsung. Yang pasti, pertemuan Selangor-PSIS Semarang dijangka menarik perhatian.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu pada tahun 2023 dalam aksi persahabatan antarabangsa. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan seri 3-3.

Advertisements

Selangor menutup kempen pra-musim 2024/25 dengan membelasah kelab Singapura, Geylang International 7-0 di Stadium MBPJ semalam.

Mukhairi Ajmal dan Fortes masing-masing menyumbat dua gol. Sementara Danial Asri, Yohandry Orozco dan Harith Haiqal Adam Afkar masing-masing mencipta nama sebagai penjaring.

Advertisements

Selepas ini, Selangor bakal bersedia untuk aksi Piala Sumbangsih menentang juara Liga Super musim lepas, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada 10 Mei ini.

News Comments Account